Tuesday, August 11, 2009

12/8/2009 history

Angkor Wat Temple

Hari ini, encik firdaus telah menerangkan tentang sejarah Angkor dan bagaimana bangunan yang sebegitu lama masih begitu kukuh dan stabil. Ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti keikhlasan dan ketulusan hati setiap pembina bangunan yang menghasilkan kualiti yang terbaik.

Bahan-bahan yang digunakan juga memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan bangunan yang kukuh dan tahan lama. Pada masa kini bahan-bahan telah dicampur adukkan dengan bahan kimia atas sebab teknologi dan mahu mengurangkan kos pembinaan.

Gambar diatas adalah salah satu hasil karya orang pada zaman dahulu iaitu Angkor Wat Temple. Apa yang kita boleh lihat adalah kesungguhan mereka dalam membuat sesuatu dengan sepenuh hati untuk tujuan ibadat dari segi agama mereka.



Angkor Wat

Apa yang unik adalah, ukiran-ukiran yang dihasilkan begitu terperinci dan membawa maksud tersendiri. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak membuat sesuatu tanpa ada sebab dan maksud.

Kesimpulan yang telah saya dapat daripada En. Firdaus pada hari ini, apa yang penting adalah kesungguhan, keikhlasan dan kegigihan dalam apa jua yang kita ingin lakukan. Termasuklah dalam mempelajari bidang seni bina yang memerlukan perkara-perkara tersebut diterapkan di dalam diri setiap pelajar.

Sekian untuk hari ini...

Mengapa bangunan lama masih bertahan sampai sekarang?

Sebenarnya banyak faktor yang menyebab kan bangunan lama bertahan lama berbanding bangunan zaman sekarang.

Antara faktor-faktornya ialah :

i) Penggunaan bahan material
ii) keikhlasan dan ketulusan hati setiap pembina bangunan yang menghasilkan
kualiti yang terbaik.
iii) Keadaan sekeliling.

Faktor-faktor sebegini menyebabkan sesebuah bangunan tersebut boleh bertahan hingga sekarang dan menjadi tanda tanya bagi semua... renung

Info Tambahan ! :

Merujuk kpd faktor mengapa bangunan dahulu tahan lama bukan shj seperti mana yg sdr katakan itu tetapi banyak faktor lain yg dominent
Pertama ialah faktor pemerintah dan motif raja dengan hambanya rakyat.Raja rancang bina sesuatu bangunan bukan bermotifkan keuntungan dan kiraan kos tetapi tujuannya kerana hendak menunjukan kekuasaan dan keagungan empayarnya.Oleh itu binaan itu dibuat sebaik mungkin dan bagi tujuan tahan lama beribu-ribu tahun.
Kedua. Pemiliknya atau peyambung warisnya akan membesarkan dan memperindahkan lagi
ketiga .Tenaga kerja adalah secara kerahan dan paksa rela dgn tukang yg terbaik diseluruh tanah jajahan
Motif keagamaan. Pembinaan bangunan dulu kala bermotifkan keagaam dan persembahan kpd tuhan.Oleh itu pembinaan dan pembangunannya bercirikan unsur-unsur kerohanian dan keagamaan dari panduan kitab dan alam kehidupan persekitaraan
kelima. Bukan bermotihkan profit tetapi lebih kpd seni,kepercayaan,kehidupan persekitaran dan tidak ada kerja lain kehidupan segelintir pekerja adalah sebagai pengukir.

Tuesday, August 4, 2009

Holidays..... H1N1 =d

Best btul cuti H1N1.. hehe.. byk yang kami explore masa cuti ni (untuk budak-budak yg tak balik cuti)...

Tempat-tempat yg dilawati masa cuti :

i) PULAU PANGKOR
ii) LUMUT
iii)IPOH

yang paling best masa kat Pulau Pangkor. Banyak aktitivi-aktiviti menarik contoh nya berbasikal keliling pulau, motosikal pun ada, mandi pantai, snokerling dan macam-macam lagi lah...

Lepas Pulau Pangkor, kami pergi ipoh utk belajar pattern kat masjid.. amik gambar banyak-banyak dan kaji balik pattern yg ada di setiap masjid contoh nye :




sepatutnya banyak gambar yg nak dipamerkan, tapi masalah internet agak kurang kelajuannya.. so tak dapat nak masukkan gambar-gambar.. tapi tak mengapa, gambar-gambar akan dimasukkan dan dipamerkan apabila tiada gangguan internet..