
Hari ini, encik firdaus telah menerangkan tentang sejarah Angkor dan bagaimana bangunan yang sebegitu lama masih begitu kukuh dan stabil. Ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti keikhlasan dan ketulusan hati setiap pembina bangunan yang menghasilkan kualiti yang terbaik.
Bahan-bahan yang digunakan juga memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan bangunan yang kukuh dan tahan lama. Pada masa kini bahan-bahan telah dicampur adukkan dengan bahan kimia atas sebab teknologi dan mahu mengurangkan kos pembinaan.
Gambar diatas adalah salah satu hasil karya orang pada zaman dahulu iaitu Angkor Wat Temple. Apa yang kita boleh lihat adalah kesungguhan mereka dalam membuat sesuatu dengan sepenuh hati untuk tujuan ibadat dari segi agama mereka.
Apa yang unik adalah, ukiran-ukiran yang dihasilkan begitu terperinci dan membawa maksud tersendiri. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak membuat sesuatu tanpa ada sebab dan maksud.
Kesimpulan yang telah saya dapat daripada En. Firdaus pada hari ini, apa yang penting adalah kesungguhan, keikhlasan dan kegigihan dalam apa jua yang kita ingin lakukan. Termasuklah dalam mempelajari bidang seni bina yang memerlukan perkara-perkara tersebut diterapkan di dalam diri setiap pelajar.
Sekian untuk hari ini...



.jpg)